NFC.

Walaupun bukan saya yang meluluskan pinjaman RM250 juta kepada syarikat National Feedlot Center (NFC), nama saya sering dikaitkan dengan isu ini yang telah dijadikan antara propaganda utama PH selama 9 tahun.

Pinjaman ini diluluskan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian pada tahun 2006 – iaitu 2 1/2 tahun sebelum saya menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri.

Perlu ingat bahawa ini ialah pinjaman RM250 juta.

Ini bukan geran percuma ataupun projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat laporan terowong Pulau Pinang.

Selepas diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan projek pada garis masa yang ditetapkan kerana ada beberapa projek infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian telah lambat dibina.

Walaupun projek mereka telah diperlambatkan, syarikat NFC masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman itu.

Oleh itu, mereka menggunakan sebahagian dari dana ini untuk pelaburan-pelaburan lain yang tidak ada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan untuk membayar faedah pinjaman.

Bagaimanapun, ini dipercayai telah melanggar syarat-syarat pinjaman.

Dengan itu, pemilik NFC didakwa di dalam mahkamah semasa saya PM tetapi akhirnya, mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang.

Pada masa yang sama, kerajaan BN juga menyita aset-aset mereka termasuk baki wang tunai sebanyak RM80 juta.

Tetapi ini tidak cukup untuk menjelaskan seluruh pinjaman RM250 juta ini kerana sebahagian dari pinjaman itu telah dibelanjakan untuk membina ladang untuk NFC termasuk untuk membiayai kos operasi mereka.

Walaupun kerajaan BN pernah pertimbangkan beberapa kali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam untuk mendapat balik seluruh dana RM250 juta itu, tindakan ini tidak diambil.

Ini kerana syarikat NFC memberitahu kerajaan bahawa mereka sedang berunding dengan beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara untuk mengambil alih projek NFC itu.

Pembeli-pembeli itu juga bersetuju untuk menganggung bayaran untuk pinjaman termasuk seluruh kos faedah.

Akhirnya, syarikat NFC berjaya untuk mencari pembeli baru dan telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan untuk pihak baru ini mengambil alih projek.

Pembeli baru ini dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC.

Tetapi, Menteri Kewayangan PH tidak mahu memberi kelulusan.

Sebaliknya, mereka mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut syarikat NFC untuk membayar balik seluruh pinjaman itu.

Tindakan ini boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik dana tersebut dan menjayakan projek.

Minggu lepas, calon PPBM Khairuddin Abu Hassan yang dikenali sebagai orang yang rapat dengan PM ke-7 pun rasa begitu dan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyoal Menteri Kewayangan.

MOF harus terbuka terima cadangan selesai isu NFC – Khairuddin
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mof-harus-terbuka-terima-cadangan-selesai-isu-nfc-khairuddin-209180

Menteri Pertanian PH juga telah bersuara.

Isu NFC perlu di selesaikan segera – Salahuddin Ayub
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-nfc-perlu-di-selesaikan-segera-salahuddin-ayub-208237

Tetapi DAP tahu bahawa nilai propaganda NFC ini jauh lebih tinggi untuk mereka berbanding dana RM250 juta atau kerjayaan projek itu.

Hampir 9 tahun, DAP telah menyebarkan propaganda menipu bahawa RM250 juta ini telah disonglap oleh Najib dan digunakan untuk membeli kondo untuk simpan lembu di dalam.

Oleh itu, ianya amat sukar untuk DAP mengaku kepada penyokong mereka sekarang bahawa dana ini bukan disonglap tetapi ianya sesuatu pinjaman di mana peminjam sudahpun mahu membayar balik keseluruhannya termasuh kos faedah.

Memandangkan itu, Menteri Kewayangan terpaksa untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat NFC serta menolak pembayaran balik pinjaman serta rancangan meneruskan projek NFC untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan.

Najib Razak.

Sindikit haram terbesar.

*Konspirasi dan Scandal Rasuah di Malaysia*

Surat Terbuka Kepeda:
YANG DI-PERTUAN AGONG-DYMM SERI PADUKA BAGINDA

SULTAN JOHOR-DYMM BAGINDA SULTAN

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA YBHG TAN SRI MOHD ZUKI BIN ALI

ANGGOTA ANGGOTA PENGUATKUASAAN YANG MULIA DAN JUJUR

Konspirasi dan Scandal Rasuah di Malaysia
STRAITS INTER LOGISTICS BERHAD
TUMPUAN MEGAH DEVELOPMENT SDN BHD

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Ampun Tuanku, Daulat Tuanku.

Warga Malaysia dan rakan-rakan yang saya cintai, ini adalah sebuah kisah yang benar dan sedang berlaku sampai sekarang. Kes ini telah bertahun-tahun. Kes ini mengenai satu sindiket mencuci wang haram dan seludup minyak haram, rokok haram dan arak haram yang cukup kaya, besar serta diselindung dengan baik oleh pihak yang berkuasa.

Sindiket tersebut telah mengawal dan memperalatkan anggota-anggota penguatkuasaan Malaysia termasuk menteri-menteri politik selama ini seolah-olahnya kerajaan Malaysia dan undang-undang Malaysia adalah salah satu alat dan teknik untuk menyatukan perniagaan haram mereka.

Anggota penguatkuasa yang terbabit dalam scandal ini adalah dari pelbagai jabatan kerajaan yang berbeza termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Marin Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.

Apa yang sangat menakjubkan adalah bukan sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap sindiket tersebut, malahan di sebaliknya SPRM juga menerima rasuah dari sindiket tersebut untuk menghapuskan bukti-bukti memberi rasuah dan mengambil tindakan undang-undang secara fitnah terhadap syarikat yang lain.

Sindiket tersebut telah memperalatkan pengawai penguatkuasaan Malaysia dengan sesuka hati untuk menghapuskan syarikat yang lain dalam bidang perniagaan yang sama. Anggota-anggota penguatkuasaan Malaysia yang telah dikawal oleh sindiket tersebut bukan hanya dari golongan yang berpangkat jawatan rendah sahaja, malahan ia juga membabitkan pengawai-pengawai yang berpangkat tinggi yang cukup berkuasa untuk mempengaruhi pengurusan di dalam jabatan tersebut.

Sindiket tersebut menawarkan godaan yang lumayan kepada para pegawai penguatkuasaan yang sudi memberi kerjasama dengan mereka. Contohnya pegawai- pengawai tersebut akan dilindungi daripada SPRM walaupun mereka menerima rasuah dari sindiket ini setiap bulan.

Selain daripada konspirasi memperalatkan anggota-anggota penguatkuasaan, sindiket tersebut juga terkenal dengan mempunyai hubungan yang rapat dan kukuh dengan Keluarga Diraja . Dengan adanya latar belakang yang luar biasa ini, sindiket tersebut berjaya mengawal perlabuhan-perlabuhan yang tertentu di perairan wilayah timur dan perairan wilayah selatan dengan sengaja tidak memberi surat sokongan kepada sesiapa yang ingin memohon untuk beroperasi di perairan perlabuhan tersebut. Justerus itu, tiada syarikat yang lain akan mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti membekal minyak secara kapal ke kapal. Melalui hubungan yang luar biasa ini, sindiket haram ini telah berjaya monopoli dan mengawal perniagaan haram di perairan wilayah timur dan perairan wilayah selatan terutamanya perlabuhan Kemaman. Kepada sesiapa sama ada individu atau syarikat yang telah melabur di wilayah timur dan wilayah selatan akan diatasi oleh anggota penguatkuasaan dengan kesalahan yang tidak wujud dan dituduh secara fitnah walaupun individu atau syarikat tersebut telah menlabur dan menjalankan perniagaan secara sah berdasarkan perundangan Malaysia.

Sindiket ini mempunyai kemahiran yang tinggi dengan strategi-strategi untuk menduduki pasaran menjual minyak, arak dan rokok haram. Justerus itu, sindiket tersebut selalu menjaga hubungan yang baik dengan Menteri Pengangkutan Malaysia kerana pengangkutan merupakan aset utama mereka untuk menggerakan barangan haram di seluruh Malaysia.

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia mempunyai hubungan yang luar biasa dan rapat dengan sindiket tersebut. Sejak beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia pada bulan March yang lalu, beliau telah mengistiharkan MSN 16/2020 bahawa kapal tanker dengan “single haul, single bottom” atau “single haul, double bottom” tidak dibenarkan untuk mengangkut Heavy Grade Oil (Fuel Oil) dan Marine Gas Oil (Diesel). Walaupun MSN16/2020 akan menjejaskan ekonomi dengan serius dan teruk di dalam negara kami, namun beliau tidak membawa topik ini untuk dibahaskan di Palimen serta mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Laut melaksanakan dengan segera tanpa menerima nasihat yang baik daripada Jabatan Laut dan tanpa membincangkan topik ini dengan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia.

Dengan ini, dapat membuktikan bahawa YB Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong telah dipengaruhi dan dikawal oleh sindiket yang kaya tersebut dan mengistiharkan MSN16/2020 menurut permintaan daripada sindiket tersebut. Sindiket tersebut juga memberi janji berkongsi keuntungan bersih pada setiap pesanan minyak di perairan laut Malaysia kepada YB Datuk Seri Wee Ka Siong.

MSN 16/2020 ini telah memberi kesan negatif lebih daripada 95 peratus pemilik kapal tanker yang berwarganegara Malaysia selepas memo ini dikeluarkan dan dilaksanakan pada 05 Ogos 2020. Tetapi yang peliknya, sindiket tersebut telah membuat persiapan 5 bulan sebelum memo ini diumumkan dan dilaksanakan. Waktu ini sama dengan waktu YB Datuk Seri Wee Ka Siong dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia.

Ya, sindiket yang saya sebut ini adalah Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logistics Berhad yang dimiliki oleh Dato Sri Ho Kam Choy dan Chang Poh Nee. Dari segi permukaan,Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logistics Berhad adalah syarikat yang sah, kaya dan berjaya, malahan disebaliknya Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logistics Berhad adalah sindiket haram yang terbesar di Malaysia. Aktiviti-aktiviti sindiket haram ini bukan sahaja pada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan sebelum ini tapi ia termasuk pengubahan atau pencucian wang haram dan juga memanipulasi pasaran saham.

Mereka mempunyai rangkaian hubungan yang cukup kukuh, rapat dan mengawal anggota penguatkuasaan di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, mereka tidak pernah ditahan atau ditangkap oleh penguatkuasaan Malaysia. Walaupun begitu, sindiket ini sering memperalatkan anggota dan pengawai penguatkuasaan untuk menangkap syarikat pesaing bersalah berdasarkan undang-undang Malaysia tetapi disebaliknya mereka barulah ialah penjenayah yang sebenarnya.

Warga Malaysia yang saya hormati, sanggupkah kami membiarkan Malaysia yang cantik dan mulia ini dikawal oleh pegawai-pengawai dan menteri-menteri yang bersekongkol dengan sindiket haram Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logisitics Berhad? Mari kami berbangkit bersama dan menghapuskan rasuah-rasuah yang wujud di depan mata kita. Saya akan mengemukakan senarai nama pegawai, ahli politik dan menteri-menteri yang mempunyai hubungan haram dengan Tumpuan Megah Development Sdn Bhd dan Straits Inter Logisitics Berhad melalui facebook, whatsapp dan email yang seterusnya. Untuk sesiapa yang mempunyai berita atau info yang mengenai Tumpuan Megah Development, sila viralkan bersama atau kirim kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Fauzan Bin Jamil
920323016739
No 11, Kampung Melayu, 83500, Parit Sulong, Johor.
fauzanbin.9203@gmail.com

CC kepada:
Yang Di Pertuan Agong
Sultan Johor
Perdana Menteri
Istana Negara
Ketua Setiausaha Negara
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Dalam Negeri
Bank Negara
Bursa Saham
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Laut Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisa
Malaymail
Metro Harian
Utusan
China Press
Sin Chew Daily
New Strait Times
Malaysia Kini
PAS
DAP
Petronas
Masa
Biro
AGC
Masa
Biro
AGC